Hari ni dapat teguran sebab tak upload takwim baru kursus pendek KK Sabak Bernam Sesi Julai Disember 2014. Terima kasih pada puan yang menegur. Ini link baru yang diberikan oleh unit pembelajaran sepanjang hayat.
Takwim Kursus Pendek Kolej Komuniti Sabak Bernam 2014
@
Permohonan Online Takwim Kursus Pendek Kolej Komuniti Sabak Bernam 2014 (Lebih mudah guna link ini kerana boleh daftar terus. Log in dengan ic anda untuk pengenalan diri.Jangan lupa, klik Selangor, Klik KK Sabak Bernam, Klik Bulan pilihan anda. Kemudin pilih kursus pilihan anda.
Rasa nak maklumat lebih anjut, anda boleh berhubung terus dengan talian 24 jam PSH KK SABAK BERNAM, iaitu 017-2244461 @ berhubung dengan pegawai bernama Razif 013-3583473.
Nak sentiasa update, boleh downlad aplikasi CCSMART di dalam Play Store untuk telefon pintar aplikasi jenis android.
Apa - apa berita nanti, saya update semula.
Panduan Makanan Sihat dan Selamat merupakan sebuah blog perkongsian ilmu tentang makanan dan sains dalam kehidupan oleh seorang pensyarah pemprosesan makanan, ibu, isteri dan pengedar bebas Shaklee.
Saturday, 30 August 2014
Tuesday, 12 August 2014
Cara kawal ekzema dengan vitamin
Ekzema.Auww..Saya memang pening kepala bila gejala ekzema datang. Ekzema adalah satu alergi yang berkaitan dengan kulit. Bahasa mudahnya ialah kulit sensitif. Ekzema dengan saya umpama irama dan lagu. Hinggakan menggaru menjadi satu tabiat yang saya tak boleh kawal. Minda bawah sedar saya, akan menyebabkan saya menggaru hingga puas. Makin garu makin sedap. Mak saya suka gelar gelaran menggaru tu dengan istilah bergitar. Keadaan semakin teruk apabila saya mengandung. Kulit saya sangat teruk hingga ditegur bidan dan jururawat setelah selesai bersalin. Apabila mengandung, ubat ekzema atau ubat untuk mengawal ekzema adalah termasuk dalam pantang larang ubat yang tidak boleh diambil.
Monday, 11 August 2014
Diam bukan sebarang diam..projek susun atur berjalan
Lamanya tak menulis dalam blog ni. Rindu juga nak menulis sambil berangan - rangan. Namun, kerja - kerja hakiki yanbg tak habis - habis, saya utamakanlah yang fardhu tu dulu. Hidup perlu perancangan, namun perancangan Allah adalah yang terbaik. Kalau nak cerita pasal kerja di pejabat dan di rumah memang tak akan habis. Kadang - kadang jadi bos, kadang jadi assistant bos, kadang - kadang jadi isteri,anak,mak,menantu,cikgu, tukang kebun, jaga asrama dan lain - lain. Topi bukan setakat 6 topi, tetapi bermacam - macam warna topi (merujuk six thinking hats theory by Edward de Bono).Memang akan jadi lelah akhirnya.
Karya kreatif : Kolej Komuniti Satu Titik Mula
Rintik – rintik
hujan yang membasahi tangga
kayu rumah tua peninggalan arwah
bapanya diperhatikannya dengan fikiran yang
kosong. “Ana, masuk nak.
Hujan dah mula turun.
Tolong ambilkan ibu baldi
di dapur. Ibu risau
tempat tidur ibu kena
hujan.”
Pantas langkah
Rohana mengikuti suruhan ibunya. Dia
bingkas bangun menuju ke
dapur. Namun dalam kotak
fikirannya masih berkecamuk dengan
pilihan yang perlu dibuat.
Monday, 21 July 2014
Shaklee penyumbang dana Israel?
Seminggu dua ni, sibuk dicanang dalam alam maya mengatakan Shaklee penyumbang dana pada Israel. Ini berikutan ada laman web Keneseth Israel. Memang popular lah laman web ni sekejap. Diletakkan pulak lambang Shaklee di laman web tersebut. Apabila di klik ia akan ke laman web SID Shaklee yang berkenaan.
Friday, 18 July 2014
Rahmat dari kisah duit syiling
Sebenarnya entri ini saya nak tulis lama dah, namun kerana kesuntukan masa menulis, saya diamkan dahulu. Baru - baru ini, saya bertanya khabar tentang adik Khatijah dan adik Syafikah. Alhamdulillah, kedua - duanya baik - baik saja. Pelajaran masih diteruskan seperti biasa. Adik Khatijah, masih lemah mengenal huruf namun diharap dia bersemangat terus untuk belajar. Namun, adik Syafikah tidak lagi diajar oleh ustazah Khadijah. Khabarnya, mereka berdua masih lagi menerima sumbangan dari ahli masyarakat yang prihatin. ustazah Khadijah sudah tidak menguruskan lagi sumbangan. Semua sumbangan terus dihantar kepada waris adik - adik ini.
Thursday, 17 July 2014
Aktiviti pelajar dalam kelas pengenalan sains makanan
Panduan mencuci ketuhar gelombang mikro
Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk buat saya. Saya banyak bekerja di luar. Jadi ketuhar gelombang mikro menjadi teman baik suami saya. Maklumlah nak jaga anak dua orang yang sedang ligat. Bersahur sendirian. Masak mi segera pun guna mikrowave. Saya sudah mengagak apa yang berlaku di dalmnya. :). Tak apalah, asalkan anak saya dijaga dengan baik. Terima kasih bos. Jadi awal pagi selepas bersahur, saya mulakan proses cucian ketuhar saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)