Tahukah anda, warna makanan memainkan peranan dalam menentukan kandungan antioksidan yang baik untuk tubuh. Hinggakan ada pengkaji makanan mencadangkan untuk diet makanan secara sihat, kita harus makan makanan yang berwarna warni. Bukanlah maksudnya, anda harus makan makanan yang dicelup dengan pewarna. Tips di bawah mungkin membantu anda dalam memilih menu harian yang sihat dan juga memenuhkannya di dalam ruang simpanan makanan anda.
Jom singkap rahsia warna makanan berikut.
Jingga dan Kuning : Makanan ini kaya dengan beta - carotene dan Vitamin A. Vitamin A baik untuk kesihatan mata. Contoh makanan ialah lobak merah, mangga, kentang dan betik.
Ungu dan Biru : Makanan ini kaya dengan anthocyanin. Ia merupakan sejenis antioksidan yang menghalang pertumbuhan tumor, meningkatkan fungsi daya fikir, dan melawan serangan penyakit jantung. Ia boleh didapati dalam terung, lobak ungu (ada dalam Vivix Shaklee) dan buah beri biru.
Merah : Makanan ini kaya dengan likopen yang membantu menurunkan risiko kanser prostat, paru-paru dan perut. Antara makanan yang kaya dengan likopen ialah tomato, tembikai merah, cili, dan sebagainya.
Hijau : Sumber lutein dan zeaxanthin yang menghalang penyakit mata dan strok. Saya tidak perlu menyenaraikan makanan berwarna hijau kerana ia terlampau banyak seperti zucchini dan daun basil.
Apabila anda menyediakan sandwich, masukkan sayuran seperti zucchini dan tomato supaya tubuh anda mendapat khasiat lutein dan likopen. Tambah juga avocado yang kaya dengan lemak baik. Avocado membantu penyerapan vitamin larut lemak seperti vitamin A,D,E dan K.Menarik bukan? Jadi, mulai saat ini, masukkan elemen warna dalam pemilihan makanan. Insya Allah, anda lebih sihat dan lebih seronok menikmati hidangan yang berwarna warni.
Contoh makanan yang kaya dengan elemen warna dan menjadi syarat penyediaannya ialah Bibimbap, sejenis makanan tradisi masyarakat Korea.
Apa tunggu lagi, masukkan elemen warna dalam penyediaan makanan anda setiap hari.
Untuk sebarang komen, perkongsian dan sebagainya, hubungi saya melalui email berikut :
zunairahagi@gmail.com
sumber rujukan : http://www.bonappetit.com/trends/article/meet-the-color-diet-our-easy-rule-for-healthier-meals
bila baca yg Vivix Shaklee tu, I remembered someone from my office. Dia pon ada ambil produk tu. Dia dlm lingkungan 40-an ke atas lah. Muka dia jadi licin dan glowing. =)
ReplyDeleteOh ye, dia lelaki..
Salam perkenalan.. :)
Terima kasih, singgah blog kecil ni.
DeleteBtw, Itu kesan sampingan je. Yang paling penting, Vivix kaya dengan antioksidan yang bertindak hingga ke DNA. Antioksidan menghalang pembentukan abnormal cell. Kalau mampu, hari - hari maintain makan buah dan sayur tinggi antioksidan 5 times a day, tak perlu ambil Vivix. Dalaman sihat, Insya Allah everything will glow.
Salam perkenalan :)
Jom sihat.