Hari ini saya menemani suami berseminar di Shah Alam. Pada mulanya saya menolak kerana belum berkemas.Suami mencadangkan kami menginap di hotel berdekatan tempat seminar.
Hotel yang dipilih ialah hotel De Art.Konsep hotel ialah seni dalam dekorasi setiap bilik-biliknya.Tema berlainan bagi dekorasi setiap biliknya. Lobi hotel saja sudah cukup menarik biarpun ia adalah blok rumah kedai.Harga bilik,pada saya mampu milik jika berkongsi untuk dua orang.Bilik yang kami pilih ialah bilik jenis superior dengan 1 katil queen. Harga sekitar RM120++ termasuk sarapan pagi di kafe bersebelahan.Biarpun hanya terdapat 6 menu pilihan,pada saya ia memadai.
Bagi mereka yang mencari hotel di Shah Alam sekitar seksyen 7, saya syorkan hotel ini.Ia dekat dengan pasaraya Mydin dan deretan kedai. Berdekatan dengan UITM.Rupanya ia telah dilancarkan sejak 2010.Bilik hotel bersih dan cantik.Bilik air juga bersih.Komen ini berdasarkan pilihan bilik yang kami duduki. Boleh rujuk laman web utamanya. Laman Sesawang Utama Hotel De Art Shah Alam
Nanti,saya akan review hotel lain pula.Tungguuuu.
Ini bilik yang kami duduk |
No comments:
Post a Comment