Monday 5 May 2014

Mujur ada bekal perjalanan Omega Guard & Nutriferon

Pulang dari Johor Bahru ke Putrajaya baru - baru ini kerana menghadiri kenduri di rumah ibu saudara sebelah suami , badan anak sulung terasa panas dan disusuli dengan batuk berkahak. Apa tidaknya, seharian dia bermain dan tidak rehat langsung, dengan keadaan panas terik. Tambahan pula, ramai sepupu yang hampir sebaya dengannya ketika kenduri. Memang saya agak lelah menjaga kedua - dua anak yang aktif ini. Mujurlah si adik mahu juga tidur seperti kebiasaannya biarpun dia juga agak ligat bermain.Memang sakit hati saya ini, mendengar bunyi kahak yang tersekat. Manalah budak - budak tahu untuk mengeluarkannya. Kasihan pun ada. Tiba di rumah adik di Putrajaya hampir tengah malam dan kami bermalam di situ kerana suami menghadiri kelas keesokannya sebelum bertolak pulang ke Sabak Bernam.

Pukul 12 tengah malam, si kakak mulai demam panas. Saya mencari paracetamol yang selalu saya bawa namun tidak berjumpa, mungkin ketika berkemas hari itu, saya terlupa memasukkannya. Yang ada hanya bekal nutriferon dan omega guard je.Itu pun baki ketika balik dari Indonesia hari tu.Tepuk dahi sebab selalu ada bekal paracetamol.

Namun saya bertawakal sajalah dengan memberikan anak  nutriferon dan omega guard.Tak lupa juga saya membancuh susu sedikit cair. Sambil itu, saya jelum dan basahkan kepala dan badannya. Pukul 2 pagi , kakak membuang. Tiba - tiba dia bangun dan mencangkung dalam keadaan mamai. Sakit perut katanya. Tak apelah, yang penting, panas dalam tubuh sudah berkurang, batuk kahak bising tu pun dah tidak berbunyi sangat. Saya mengira jam untuk ke klinik seawal pagi esok.

Esok paginya kakak aktif macam biasa walaupun badan masih dedar. Saya memujuk dia ke klinik, namun dia berkeras untuk menunggu abahnya pulang dari kelas. Dalam tempoh itu, saya memberikan dia minum banyak air, nutriferon dan omega guard yang ada. Selepas itu, saya berkemas untuk pulang dan ingin ke klinik berhampiran, namun si kakak masih enggan. Katanya, dia tidak demam kerana boleh bermain. Hati ibu memang risau. Namun , doa juga di dalam hati, moga - moga demamnya kebah.

Alhamdulillah, apabila sampai rumah Sabak Bernam, demam sudah kebah tetapi saya masih juga memberikan dia vitamin c chewable shaklee dengan harapan keesokan harinya di rumah pengasuh dia boleh bermain jadi egu ( cikgu) macam biasa.

Ayat best dari Amni: Kakak x nak jumpa kokter(doktor)? Kakak takut kokter marah. Nanti kakak makan ubat sedap je(referring to nutriferon).Mungkin pengalaman lepas kerap masuk hospital menyebabkan dia takut pergi klinik.
Saya menjawab : Maksu kokter ape?
Pantas dia membalas : Maksu lain.
Dalam hati kecil saya : Oh my, ikut sapalah takut doktor ni?. Saya tersenyum sendiri.

nutriferon saya
omega guard dan mealshakes
Nota tangan : Nutriferon dan omega guard untuk membantu meningkatkan imun tubuh. Omega guard juga membantu mencairkan kahak dan mengurangkan batuk. Saya masih lagi memberikan omega guard. Alhamdulillah, batuknya semakin pulih dengan izin Allah.

Nama : Zunairah Abdul Ghani (907821)
No H/P : 012-2248189 (call @ sms @ whats app)
Fan pages : Superfood Store Sabak Bernam 
Blog : zunairahghani.blogspot.com 
Email : zunairahagi@gmail.com

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. sharing yang bermanfaat. Izinkan saya kongsi testi puan dalam FB saya ye. Berkelapangan lawatlah blog kindhearty.blogspot.com.

    ReplyDelete