Thursday, 19 January 2017

5 Makanan ringan paling sesuai untuk kanak - kanak

Wow, topik kontroversi saya pilih kali ini. Kebanyakan ibu bapa sekarang sangat menitik beratkan kesihatan anak - anak. Sepadan dengan ilmu dan pembacaan ibu bapa dalam dunia tanpa sempadan. "Kau Google je". Itu ayat biasa yang sering kedengaran. Apakah itu makanan ringan? Menurut kamus dewan , makanan ringan ialah makanan yang tidak mengenyangkan seperti kudap - kudapan ,contohnya kekacang keropok, kerepek dan sebagainya. Jadi kalau tak kenyang, buat apa nak bagi anak makan makanan ringan, ye tak?



Namun, budaya dan tabiat makan kita menyebabkan banyak jenama makanan ringan muncul. Malah industri makanan ringan adalah industri yang paling senang dan banyak buat duit. Kalau buat kerja, mesti ada benda kita nak kunyah. Betul tak? Jangan tipu. Kalau sembang - sembang dan borak - borak dengan sahabat handai dan ahli keluarga mesti ada hidangan ringan. Jadi di sini saya akan pilih 5 jenis makanan ringan yang paling sesuai diberikan kepada kanak - kanak. Kenapa kanak - kanak itu penting? Sebab kanak - kanak sangat 'fragile', mudah terpengaruh dengan tarikan warna dan rasa manis. Kesemua makanan yang mempunyai warna yang menarik terutamanya makanan ringan, ada yang dicampurkan dengan pewarna tiruan dan perisa tiruan. Kekerapan memberi makanan ringan boleh mempengaruhi organ dalaman kanak - kanak, khasnya buah pinggang. Tak kasihankah pada anak - anak, kecik-kecik lagi, buah pinggang dan hatinya perlu bekerja keras untuk menyahkan semua bahan sintetik tersebut. Tak kasihankah pada anak kecik yang perlu menjalani dialisis sepanjang hayat dek kerana kecuaian ibu bapanya sendiri.

Di bawah, saya senaraikan makanan - makanan ringan yang sesuai menjadi kudapan anak - anak berdasarkan pengetahuan saya tentang kandungan bahan mentah di dalamnya.

1. Keropok keping/ keropok ikan /Keropok lekor

sumber Google

Saya pilih ini yang pertama , kerana ia mempunyai kandungan isi ikan yang sama banyak dengan tepung kanji sebagai ramuan utamanya. Pilihlah keropok keping yang asli (maksud saya yang tiada perisa tambahan seperti BBQ atau apa-apa perisa baru). Selalunya bahan penghasilan keropok keping dari Pantai Timur Malaysia ialah isi ikan, tepung kanji (tepung jagung,tepung sagu,tepung pulut) , garam, MSG dan gula. Itu sahaja. Saya rasa itulah kudapan yang baik dan merupakan warisan Malaysia. Saya pasti ia ada dijual di mana - mana sahaja. Masa saya kecil , inilah makanan ringan saya sekeluarga. Kadang - kadang, nasi dengan keropok pun sedap dimakan bersama. Kandungan proteinnya sangat tinggi dan isi ikannya pun asli.

2.Kismis/ Anggur kering
sumber Google

Selalunya, saya memilih kismis yang betul- betul dikeringkan dan tidak direndam di dalam air gula. Kena ingat, buah - buahan kering kebanyakannya direndam di dalam air gula sebagai proses pengawetannya. Jadi , jangan lah bagi anak sebekas besar kismis. Cukuplah hanya sedikit jika ia jenis kismis yang direndam di dalam air gula. Macam mana nak kenal? Caranya, ia melekit dan berkilat. Jika kismis yang dikeringkan semata , ia tidak melekat - lekat dan melekit. Saya suka beli kismis di kedai menjual makanan Timur Tengah.

3. Pop Corn atau pun Bertih Jagung
sumber Google

Bagi menghasilkan pop corn, ia hanya memerlukan bijirin jagung yang betul - betul kering, dikenakan tindakan haba yang sangat panas. Kemudian barulah disiram dan digaulkan dengan karamel (susu+gula). Ibu bapa boleh hasilkan sendiri atau beli yang asli. Anak - anak pasti suka.

4. Biskut kraker
sumber Google

Saya tahu pilihan ini tidak popular. Namun kalau dahulu, bila singgah menziarah rumah saudara mara, kita biasa dihidangkan dengan biskut kraker ini. Di samping ia boleh mengenyangkan, ia tidak mempunyai bahan tersembunyi. Pilih biskut kraker asli  yang tidak mempunyai bahan - bahan tambahan seperti perisa - perisa lain.

5. Rojak buah / Buah - buahan potong

sumber Google

Sebenarnya ada pelbagai jenis buah yang boleh kita pelbagaikan dalam diet harian anak - anak. Antaranya ialah buah naga (dragon fruit), buah delima, nanas, laici (fresh), buah-buah tropika sangat banyak pilihan. Malahan, kalau zucchini(timun Jepun) yang dipotong panjang direndam dalam air garam pun sedap sebagai kudapan.

sumber google


Sebenarnya, seawal usia anak - anak sudah boleh makan, jangan biasakan membeli selain makanan yang saya senaraikan di atas kerana kanak - kanak tidak tahu pun itu ialah 'jajan'. Kita sendiri yang mengajarnya. Anak cuma nak makan apa yang kita makan kerana sifat ingin meniru perbuatan orang dewasa. Anak kenal jajan disebabkan plastik pembungkus yang selalu kita belikan pada anak - anak.

Contohnya pada anak - anak saya sendiri. Dahulu, saya tak pernah memberikan anak saya lolipop tetapi ketika kenduri kahwin, kebanyakan kanak - kanak disuakan lolipop. Anak saya suka kerana sifatnya yang manis. Jadi setiap kali nampak lolipop, dia akan meminta untuk saya membelinya. Sebenarnya, mereka belajar dari apa yang kita tunjukkan. Selalunya saya akan offer benda lain sebagai ganti lolipop tersebut. Bak kata ibu saya, kena ada skill menolak dengan baik.

Semua makanan ringan yang saya sebutkan, boleh dijadikan stok di rumah. Kebanyakan makanan ringan hasil tempatan selamat dimakan. Contohnya emping beras, amplang, kerepek bawang, putu mayam, kuih - kuih lama tidak mempunyai bahan dan perisa yang kurang sesuai untuk kanak - kanak. Pilih yang betul - betul asli bukan hipster. Kerepek pisang pun boleh, sebab nak buat pun senang, hanya perlukan minyak, garam dan pisang. Jangan bagi yang sudah dicampurkan perisa BBQ atau lada hitam. Jangan lupa, kanak - kanak mempunyai deria rasa yang sangat tinggi. Tak letak gula pun, dia dapat rasa kemanisan yang asli itu. Kita mempunyai sebab untuk memilih untuk kebaikan anak - anak kita.

_________________________________________________________________________________
Bulan ini Shaklee buat promosi VIVIX The Vogue. Sesiapa nak vogue, boleh hubungi saya DI SINI. Kebaikan VIVIX Shaklee sangat banyak disebabkan kebaikan anggur muscadine terutamanya.






No comments:

Post a Comment