Monday 23 January 2017

Kepentingan kolesterol pada tubuh

Hari ni nak cerita pasal kolesterol atau ejaan bahasa Inggerisnya cholesterol. Kerap kali, kalau nak mengata orang tu gemuk, atau nak makan daging kambing, kolesterol selalu jadi mangsa tuduhannya. Apalah salah kolesterol tu ye.
Ikutkan, kolesterol ini ada fungsinya yang sangat penting pada tubuh manusia. Kalau tak cukup kolesterol, hormon penting tak dapat dijana dan dihasilkan . Apa hormon penting tu? Hormon estrogen, testosterone, progesterone, aldosterone and cortisone. Hormon estrogen tu supaya ciri kewanitaan korang tu lebih. Nak kulit lembut, halus menawan. Testosterone untuk rambut lebat, macho dan sado. Haa ..penting tak? Kalau tak balance, silap haribulan orang tanya, kau ni tulen ke bukan...hahaha..(gurau).

Selain itu kolesterol membantu transportation (penghantaran maklumat) dalam sel tubuh. Sel ni termasuklah sel otak. Pernah tak, masa tengah period (hormon tak seimbang) kita terasa nak makan benda-benda yang lemak - lemak, tinggi kolesterol, inilah antara sebabnya. Jadi penting tak kolesterol ni?

Jadi jangan rajin sangat nak menyalahkan kolesterol ni. Salahkan diri sendiri kan senang. Makan tak ingat dunia!

Selain itu, kolesterol membantu penjanaan bile acids yang sangat penting untuk pencernaan dan penyerapan vitamin. Hebatkan ciptaan Tuhan ni. Jadi kenapa kolesterol sering disalahkan. Nak makan daging kambing, tak boleh makan sebab kolesterol tinggi, sedangkan kolesterol dalam sotong paling tinggi kandungannya untuk per100g.

Yang jadi salah adalah kita makan berlebihan sumber kolesterol ni. Kena ingat, tubuh kita dah hasilkan kolesterol sendiri. Jadi, kita top up sikit je untuk bantu sel tubuh. Disebabkan kolesterol hanya dihasilkan oleh haiwan sahaja (ya haiwan je hasilkan kolesterol), dan ia hanya larut lemak, jadi ia hanya ada dalam makanan berlemak haiwan.

Sifat lemak ni pada deria rasa (lidah) kita adalah sedap. Antara ikan rebus dengan ikan goreng, mana lebih yummy? Antara telur rebus dan telur goreng mana lebih sedap? Antara sayur rebus dengan sayur goreng mana lebih lazat? Jadi,bila nak makan, kena berada dalam minda sedar. Kalau makan depan tv, tengok AJL pulak, sebiji kek keju pun ko boleh habiskan.

Tengok daripada nama pun tau. Jadi , janganlah hari - hari ,pagi petang menu daging merah. Breakfast sosej, Lunch nasi beriani kambing, dinner sup perut. Saya paling tak syorkan beli makanan kat drive through tu. Kalau tak mau bina apartment yang tak boleh disewa, janganlah tiap minggu pi drive through tu. Memang la cari penyakit.

Kalau penjual tu claim, produk dia tanpa kolesterol, cuba tengok kat bahan dia. Kalau bahannya minyak kelapa dara, memang sah - sah la tak de kolesterol. Sebab apa, sebab kolesterol hanya ada pada haiwan. Tak ada pada tumbuhan. Sebagai manusia , banyakkan membaca, banyak bersenam.
sekian,

________________________________________________________________________________
Bulan ini Shaklee buat promosi VIVIX The Vogue. Sesiapa nak vogue, boleh hubungi saya DI SINI. Kebaikan VIVIX Shaklee sangat banyak disebabkan kebaikan anggur muscadine terutamanya. Yang ini boleh membantu mengurangkan kandungan kolesterol berlebihan.

1 comment: