Tuesday, 28 February 2017

Antara jamu tradisional dan suplemen vitamin mana lebih baik?

Antara jamu tradisional dan suplemen vitamin mana lebih baik? Ini antara soalan yang pernah saya terima dan pernah saya fikir. Pada pendapat saya, kedua - duanya baik. Setaraf. Cumanya kita kena tahu ia asli atau pun bukan. Pada saya suplemen vitamin ialah jamu moden. Jamu tradisional asalnya pengamal yang menghasilkannya sendiri sebab bahan yang digunakan pun mudah dijumpai.



Antara bahan jamu tradisional yang selalunya yang digunakan ialah kunyit, halia dan asam jawa. Kesemuanya mempunyai nilai khasiat yang tinggi dan diakui oleh sains. Kunyit mempunyai cucurmin yang merupakan antioksidan (komponen melawan kanser dan penyakit kardiovaskular), tinggi kandungan polifenol, malahan ia dikaji mempunyai keupayaan seperti Prozac (ubat antidepresi).
sumber Google

Halia memang meluas penggunaannya. Kajian terbaru menunjukkan halia berada pada tangga ke 37 dalam senarai makanan yang mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Cuma mampukah kita nak ambil halia sekali makan 100g berdasarkan kajian tersebut. Asam jawa pula diakui mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dimana ia merupakan sejenis antioksidan yang berupaya mencegah kanser dan penyakit berbahaya yang lain.
sumber Google

Namun, semua ini perlu dihasilkan sendiri. Orang dahulu membuat jamunya sendiri. Kisar kunyit, halia dan campurkan asam jawa dan sedikit madu, antara bahan asas jamu harian. Amalkan pula setiap hari. Mampukah kita menjadi seperti mereka? Tepuk dada jawab sendiri. Jadi ada yang mengambil jalan pintas, membelinya di toko - toko jamu. Adakah ia selamat dan asli? Saya letakkan link yang menunjukkan terdapat bahan lain yang berbahaya untuk kesihatan di tambah di dalam jamu komersial. Hati - hati ya. Agensi Ragulatori Farmasi Malaysia. Senarai yang dikeluarkan ini terkini dalam tahun 2017 juga.
sumber Google

Mari kita lihat pula suplemen seperti vitamin yang saya panggil jamu moden. Menurut piramid makanan, kita perlu mengambil sejumlah porsi tertentu setiap hari untuk kesihatan yang baik. Namun setiap vitamin yang diperlukan mempunyai keupayaan dan ketahanan berbeza-beza. Saya ambil contoh paling mudah iaitu Vitamin C.

Vitamin C ini sifatnya mudah terurai kerana ia adalah sejenis antioksidan. Tak tahan haba, larut air, tak boleh kena matahari, tak boleh dikisar lumat kerana, kandungan vitaminnya mudah rosak. Paling sulit ialah, ia perlu diambil setiap hari. Kita ni nak makan buah dan sayur pun susah untuk seharian. Belum dipotong-potong, dikisar lagi sebahagian vitaminnya sudah hilang. Jarang - jarang orang nak makan ulam dan kerabu. Apatah lagi anak - anak kita. Saya hantu kerabu, bagilah kerabu bunga betik pun saya makan. Malang sekali, suami saya pun tak makan kerabu. Nampak tak.

sumber USDA dan Google

Vitamin C, jika berlebihan, ia akan dikeluarkan secara semulajadi melalui urin, maknanya ia tak boleh disimpan lama di dalam tubuh. Namun fungsinya sangat penting. Ia membantu meningkatkan sistem imun tubuh, membantu penyerapan vitamin lain. Penting tak? Sangat penting. Jadi, tepuk dada tanya diri sendiri, adakah mencukupi sebiji buah jambu batu (khasiat vitamin C lebih tinggi dari oren) sehari untuk kita dan kita perlu makan jambu batu tersebut setiap hari untuk dapatkan khasiat vitamin C tersebut. Oleh itu muncullah pelbagai jenama yang menghasilkan pelbagai suplemen vitamin C dan vitamin - vitamin lain.
Saya pilih yang ini. 1 tablet=7.5 biji buah oren. Vitamin Cnya dikeluarkan secara perlahan setiap jam. Jadi vitaminnya tak membazir.


Sekarang, masalah yang sama timbul. Adakah syarikat - syarikat yang menjual suplemen ini diakui dan diiktiraf oleh badan bertauliah. Adakah ia dikaji secara saintifik? Adakah ia mempunyai kajian jangka hayat dan keberkesanannya. Apakah bahan yang digunakan sintetik atau pun semulajadi? Akhir sekali, adakah ia menjamin pengguna dengan produk keluarannya? Tepuk dada lagi, jawablah semua soalan itu sendiri.'Bear in mind', syarikat besar selalunya tidak akan memperjudikan kecuaian dalam menghasilkan sesuatu produk suplemen seperti yang dikatakan oleh Dr. Oz (kalau tak kenal, boleh cari di youtube). Terpulanglah kepada anda untuk memilih jenama mana yang sesuai untuk anda.

Jawapan bagi soalan di atas, mana lebih baik, pada saya kedua-duanya baik. Ia perlu diambil setiap hari. Nilai khasiatnya juga sama. Yang penting ia dijamin selamat untuk dimakan oleh manusia. Afterall, manusia pada zaman sekarang memerlukan makanan tambahan seperti suplemen vitamin atau pun jamu tradisional yang asli dan ia perlu diambil setiap hari.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Video yang menunjukkan pengguna Shaklee yang telah menggunakannya selama berpuluh tahun. Ada yang dah 27 tahun. Shaklee ada komitmen yang panjang untuk mempromosikan makanan tambahan yang selamat dan semulajadi. Jemput tengok. Tak rugi pun.



Jika berminat dengan produk Shaklee atau konsultasi percuma tentang nutrisi boleh hubungi saya di whatsapp  012-2248189.

No comments:

Post a Comment