Sunday, 26 February 2017

Suplemen yang terbaik ketika mengandung

Apabila mengandung, kita akan disarankan untuk mengambil suplemen. Saya mengaku, saya ni jenis culas makan ubat. Pertama penakut. Kedua susah nak telan. Masa kecik-kecik dapat ubat jenis tablet atau pil, saya akan kunyah. Sebabnya saya memang hanya akan minum air bergelen - gelen tapi ubat tak tertelan. Siapa macam ni. Keadaan ini berlarutan hingga umur saya 20an. Sebab itu saya sangat tak suka sakit kerana saya susah makan ubat.



Jadi apabila mengandung anak pertama, mata macam nak tercabut sebab dapat berpeket - peket suplemen dari kak misi. Huhu. Mengeluh tiap hari nak selesaikan set suplemen tersebut. Air tak payah cakap la. Berkodi - kodi rasanya. Kadang - kadang sampai termuntah. Paling seksa bila bacaan hemoglobin saya selalu diwarnakan merah. Masalah ini berlarutan hingga mengandung anak kedua. Ada sekali bacaan HB masih rendah, suami ikhtiarkan belikan belut (ikan linang). Alhamdulillah naiklah jadi 13. Namun sekali itu jelah. Saya mampu telan sepotong je . Itu pun masak paprik. Takkan nak makan hari- hari..aiyo.

Tengok bacaan Hb ketika kandungan 30 minggu dan 32 minggu (anak kedua) merah je. Hampir tiap muka surat dan semakin menurun. Masa ni letih hanya Tuhan yang tahu.


Jadi apa yang saya buat, saya mencari - cari suplemen yang sesuai. Hinggakan dah bersalin, waktu itu bulan puasa. Saya menyusu anak sepenuhnya. Lagilah letih. Asyik nak marah je. Lagi letih pabila orang datang melawat sebab masa tu dah Raya Aidilfitri. Belum campur yang datang tak tentu waktu. Huhu. Dalam hati kesian kat mak dan adik beradik sebab kena layan saya waktu raya ni. Kemudian, adik perkenalkan ESP (Energising Soy Protein). Masa tu, alhamdulillah, saya rasa lebih kuat. Saya mula kenal Shaklee. Saya jumpa teman lama yang menjual Shaklee.

Saya beli suplemen pertama saya Vitalea dan Ostematrix. Kesannya saya lebih bertenaga. Dah tak sembelit. Tidur lebih puas. Bangun apgi segar je, walaupun tengah malam bangun buat stok susu, susukan anak 2-3 kali. Menyusu anak tak putus hingga arwah Anas menjejak usia setahun setengah. Mengandung kali ketiga, saya tak toleh belakang lagi. Saya teruskan dengan suplemen Shaklee. Saya ambil basic sahaja. Multivitamin Vitalea, Sustained Release Vitamin C, Ostematrix, Omega Guard. Memang buku 'pink' saya cantik.

Multivitamin Vitalea yang saya ambil telah diformulasikan dengan kandungan zat besi yang sangat diperlukan untuk menaikkan bacaan hemoglobin. Kalau terlebih ambil zat besi ini, najis menjadi hitam dan kadang kala sembelit. Namun semua masalah itu selesai disebabkan oleh multivitamin yang berusia lebih daripada 50 tahun ini. Ini multivitamin pertama di dunia. Ia dihasilkan oleh Dr Shaklee,

Paling menarik, setiap vitamin yang saya ambil direka secara unik untuk memudahkan proses menelan vitamin tersebut. Kagum dengan diri sendiri sebab boleh telan 1 tab multivitamin Vitalea, 1 tab vitamin C dan 4 biji ostematrix. Setakat ni belum pernah termuntah sebab dah tak minum bergelen-gelen air. Hahaha. Over kan.

Bacaan Hb saya ketika kandungan 28 dan 29 minggu (anak ketiga). Stabil ja dari awal. Dah tak ada warna merah.
Keadaan itu berterusan hingga bersalin anak ketiga. Masa nilah kak misi tegur, "hang makan apa sampai cantik ja bacaan ni." Saya senyum jelah. Anak saya ketiga - tiganya prolonged jaundice. Tiap - tiap hari ambil darah. Letih tau. Tapi bila anak ketiga ni, saya lebih kuat. Jadi happy je keluar jalan - jalan ke hospital.

Ketika anak kedua tempoh hari, tunggu kat hospital pun rasa nak pitam. Sebab tempoh menunggu tu lama. Selepas raya Aidilfitri , Hospital awam memang penuh. Tren agaknya. Saya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Cantik tak Hb saya. Ini selepas saya bersalin anak ketiga dan teruskan makan suplemen Shaklee yang basic (Vitalea,Vitamin C,Ostematrix,Omega Guard) itu.

 Jadi saya sangat berpuas hati dengan pilihan saya kali ini. Belum terlambat untuk anda mengambil suplemen. Suplemen ni bukan ubat tetapi seperti insurans, ambil sebelum sakit kerana ia membantu menguatkan sistem imun tubuh. Tubuh sihat, inshaa Allah, semua kerja boleh buat.

_________________________________________________________________________________

Bulan ini Shaklee buat promosi Ostematrix (set complete Vitamin D,Kalsium,Magnesium). Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya DI SINI. 


No comments:

Post a Comment