Saturday 4 January 2014

[update] Yuran Sekolah Dari Duit Syiling

Alhamdulillah, rupanya masih ramai yang prihatin. Saya menerima banyak pertanyaan , bagaimana nak salurkan bantuan. Saya pun tidak sangka, entri tentang yuran duit syiling sebagai muhasabah diri mendapat perhatian pembaca. Memang, kalau diikutkan, hidup di bandar besar , kosnya sangat tinggi hingga wujud istilah miskin bandar. Kalau di kampung, macam saya di Sabak Bernam, boleh lagi bercucuk tanam, ikan masih boleh di pancing di parit atau sungai. Sekurang - kurangnya, wang yang ada hanya digunakan untuk membeli garam dan gula. Namun harga barang yang meningkat menyebabkan kebanyakan yang hidup biasa - biasa ini yang paling terkesan.

"Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." (Adh-Dhuha: 9-11)

Di sini saya update sedikit cerita pelajar berkenaan. Menurut ustazah Khadijah bt. Alang Abu Shuker (guru pelajar tersebut),terdapat 2 orang pelajar yang dirasakan perlu dibantu, iaitu Nurkhatijah bt. Abdullah dan Norsyafiqah bt.Abdul Rahim. Kedua- duanya anak yatim. Seorang tiada emak dan seorang lagi tiada bapa. Boleh berhubung terus dengan ustazah Khadijah untuk maklumat dan bantuan. Nombor telefon bimbit ustazah:017-3078400.

Sekadar renungan, Rasulullah s.a.w. sangat memuliakan anak yatim dan suka menggembirakan mereka. Lantaran Baginda s.a.w. juga seorang anak yatim. Jadi apalah salahnya, kalau sumbangan yang kita berikan dapat menggembirakan mereka, memberikan motivasi untuk mereka ke sekolah.

Inilah pelajar yang dimaksudkan, adik Nurkhatijah bt. Abdullah. Happy je kan nak sekolah.

 
Adik Nurkhatijah dan Nursyafiqah, pelajar yang dirasakan perlu dibantu kerana kedua - duanya tak mampu bayar yuran sekolah.




 
Nurkhatijah dan neneknya di rumah Ustazah. Datang rumah ustazah ingatkan nak mengaji Quran, rupanya ustazah beri sedikit taklimat untuk program shopping barang keperluan adik ni hasil bantuan dermawan.

Adik Nursyafiqah dan ibunya. Ibunya juga seorang cleaner yang akan tamat kontrak bulan 6 nanti. Pernah kena strok dan pertuturannya kurang jelas. 
Di bawa membeli barang keperluan asas di Tesco dan baju sekolah dibeli di Pasaraya Hari - Hari.

Keluarga ini tidak meminta untuk dibantu, namun apakah kita sebagai saudara seagama, punya sedikit wang lebih hanya menutup sebelah mata sahaja melihat kesusahan mereka. Sesungguhnya,memuliakan anak yatim dan menggembirakan mereka hatta dengan sedikit manisan, akan dapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t.

Jumlah kutipan sebanyak RM1000.00 terkumpul selama satu hari setengah digunakan untuk program shopping pada 4 Januari 2014. Sebanyak RM800.00 dibelanjakan untuk keperluan anak - anak tersebut. RM200 dan lebihan baki sumbangan akan digunakan untuk keperluan persekolahan sepanjang tahun ini.

Allah s.w.t. melarang manusia berbuat zalim terhadap anak yatim.  Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama.  ALLAH subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3:
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
Itulah orang yang mengherdik anak yatim
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

Berbahagialah ibu dan nenek adik - adik tadi, gurunya dan orang yang membantu mereka sesuai dengan hadith di bawah kerana anak - anak ini bakal menjadi penghalang api neraka kelak.

 “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: 

“Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).

Terima kasih kepada semua dermawan. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa kalian .

Jazakallah hukhairan kathira.


48 comments:

  1. Terbabas beberapa kali akibat sebak membaca entri muhasabah diri dan entri ini... Anak-anak ini sebaya anak-anak saya, dan wang belanja sememangnya tidak sedikit untuk memulakan persekolahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya puan, memang sedih. Bila difikirkan, kalau yuran tak mampu bayar, bagaimana keperluan asas yang lain. Belanja sekolah sekarang memang mahal.Bila ustazah bawa anak - anak ini bershopping beli keperluan sekolah, dapat saya rasakan mereka sangat gembira. Pasti setiap hari membelek pensil warna, beg tarik (impian adik Khatijah) dan dapat baju sekolah baru. Mesti mengira hari hendak ke sekolah pada esok hari. Lagak mereka seperti anak - anak lain juga, cuma mereka tidak semewah orang lain.

      Delete
  2. saya nak membantu... boleh bagi no akaun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. butiran tentang gambar dan sebagainya..ada saya share dalam fb saya.zunairah abdul ghani.ini butiran secara ringkas.

      Nama sek:sek agama integrasi ar rahmaniah,taman dagang,ampang;nama cikgu: ustazah khadijah bt alang abd shukur,nama pelajar;1.nurkhatijah bt. Abdullah,2.norsyafiqah bt.abdul rahim,no acc mbb cikgu:158024762835.maybank. No hp ustazah:017-3078400

      terima kasih kerana prihatin.

      Delete
    2. no akaun tu akaun no cikgu zunairah ke?

      Delete
    3. No fon tu sy dah call tp bukan ustazah.. seorang lelaki yg angkt.. klu bole bg la no fon sekolah.. bole bual dgn guru kelas.. n bincg bntuk bntuan yg bole kmi berikan

      Delete
  3. Assalam,
    Saya juga nak membantu... boleh bagi no akaun? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,
      butiran tentang gambar dan sebagainya..ada saya share dalam fb saya.zunairah abdul ghani.ini butiran secara ringkas.

      Nama sek:sek agama integrasi ar rahmaniah,taman dagang,ampang;nama cikgu: ustazah khadijah bt alang abd shukur,nama pelajar;1.nurkhatijah bt. Abdullah,2.norsyafiqah bt.abdul rahim,no acc mbb cikgu:158024762835.maybank. No hp ustazah:017-3078400

      terima kasih kerana prihatin.

      Delete
    2. Terima kasih di atas info.
      Semoga ramai lagi yang sudi untuk membantu.
      Juga, jika ada lagi kes-kes sebegini semoga dapat ditampilkan supaya kita semua dapat membantu.

      Delete
    3. Assalam, Tolong usahakan dekat pusat zakat selangor ye...kes2 mcm ni InshaAllah boleh dapat bantuan.. bukan untuk adik ini saja untuk sesapa la.. saya penah ambilkan borang biasiswa zakat untuk adik saya belajar di politeknik. dapat rm600. gaji 5k kebawah leh cuba.. ramai org xmohon sbb xtau..

      Delete
    4. Gaji bawah 5k tu bantuan untuk apa? boleh bantu... ada anak2 jiran saya gaji ibubapa bawah 5K anak 4orang keatas.. semua sekolah...

      Delete
  4. Bagusnya tolong anak yatim... Malaysia perlukan lebih ramai orang macam ini. InsyaAllah... akan dipermudahkan dan esok di Akhirat akan berjaya. Allah lebih tahu bagaimana nak balasa budi dan jasa sebegini. Marilah kita beramai2 teruskan usaha murni sebegini.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ... tahniah dan terima kasih buat Ustazah yg prihatian ...

    ReplyDelete
  6. ak mcm ni jgak dlu , ayah takde tggal mak je , adek bradik 3org , ak yg sulung . mak cleaner dah tua , slalu saket2 .. ntah mcm mane gaji rm600 lebih tu bole sara ak adek bradek , berkat mak aku agaknye .. bile tgk n bace berita mcm ni mmg nak sgt mmbantu smpy licin mslh skolah adek ni , tp apekan daya adek2 ak yg 2org tu pun blaja lg sorg kat UTM sorang kolej kemahiran blanje besa , ak lak keje pon tak tetap , kadang keje kdg tak , hmmmm takpe dek , abg bantu kau dgn doa yea .. blaja rajin2 smpy berjaya , dah berjaya jgn lupe org tua , jage org tua betol2 , ingat pengorbanan org tua utk kite .. kite org susah bkn org senang jgn lupe diri bile dah diatas igt org yg dibawah .. tahniah ustazah , semoga berjaya dunia akhirat .. rindu arwah ayah , al fatihah ..

    ReplyDelete
  7. Beruntung adik ni punya cikgu yang prihatin. Berbelas tahun dahulu saya pun seperti adik ni, tak ada duit nak bayar yuran sekolah, sampai hampir tak sekolah. Orang dah seminggu sekolah, saya barulah daftar masuk sebab baru ada duit nak bayar yuran, itupun cikgu2 dah sindir2 dah, tapi senyum sajalah, buat apa nak dicerita masalah pada orang yang tak faham susah kita. buat adik-adik berdua, tabah dan kuat tempuh hidup. jadi insan berguna. Insya-Allah akan bantu kamu dan doakan kamu jadi yang terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah saudara/saudari. Semasa saya mendaftarkan anak saya ke sekolah..masalah ini berlegar2 dalam kotak fikiran saya...bagaimanalah orang yg kurang/tidak mampu hendak membayar yuran dan alatan sekolag yg bukan sedikit jumlahnya. Moga2 ibubapa dan anak2 yang diuji bersusah payah ini mendapat ganjaran yg berganda dan dipermudahkan urusan oleh Allah swt.

      Delete
    2. saya tak paham kenapa ada cikgu2 yang akan sindir pelajar2 yg tak mampu ni. Sesiapa pun tak perlu nak sindir2 org yang tak berkemampuan. hari ni dia, mungkin esok lusa hari kita pulak kan..

      Delete
  8. Saya nak bertemu dengan keluarga nih..boleh berikan alamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berhubung terus dengan ustazah Khadijah.Saya dah letakkan no telefon. Dia jemput datang ke sekolah atau ke rumahnya jika nak pastikan kes ini benar berlaku. Ustazah duduk di Taman Dagang juga.

      Delete
    2. no akaun ustazah khadijah tak available, boleh bagi semula no akaun ustazah? dan cuba hubungi uistazah melalui no telefon yg tertera.. tetapi gagal

      Delete
  9. BOLEH KE PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH DAN POHON BANTUAN KANAK-KANAK.WALAUPUN RM100 SEBULAN BOLEH MERINGANKAN BEBAN PENJAGA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedang di usahakan. Kami cuba bantu dulu keperluan segera untuk masuk sekolah seperti yuran bas sekolah dan sebagainya.

      Delete
  10. saya mohon share cerita ini puan...

    ReplyDelete
  11. Sedih aku baca cerita ni..
    Teringat gak masa daftar anak aku prasekolah ari tu..
    Dekat rak kasut sekolah tu aku tenggok ada 3 pasang kasut yang lusuh..
    Mungkin kasut abang atau kakak nya yang di recycle ..
    Anak aku kasut baru...tp harga RM8.90..
    Masih lagi ada yg tidak berkemampuan..

    ReplyDelete
  12. salam....ada acct no adik ni tak?...atau no acct atuk dia..syarikat saya ada buat program kebajikan tapi perlukan acct no org yg ingin dibantu...

    ReplyDelete
  13. Sy cuba trasfer ke aku tersebut tp gagal.

    ReplyDelete
  14. Mohon semak no acc maybank ustazah tersebut mungkin telah di block oleh pihak bank kerana frekuensi transaksi yg banyak. Sy juga gagal transfer ke acc tersebut

    ReplyDelete
  15. Teringat kes Erma Fatima dgn Rebecca Nur Islam mengenai duit syiling..
    Klu tak nak duit tu...bg ler satu dua bungkus duit syiling tu kt diorg tu..
    Banyak pahala dapat oo..tolong anak yatim lagi..
    Baru kena dgn nama Nur Islam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit syiling tersebut puan Rabecca TELAH pun dermakan kepada mangsa banjir di Johor tempohari. Jangan lah kita risaukan apa yang orang lain boleh atau tidak dermakan, fikirkan lah apa yang kita nak infaq kan. untuk hari ini saya dermakan senyuman pada tuan puan anonymous. :)

      "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah," (Q.S.Al-Qalam : 10-11).

      http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/namimah.htm
      http://al-atsariyyah.com/pengadu-domba-tidak-masuk-surga.html

      Delete
  16. sbb tu sepatut nya education is free di malaysia. is not about politic is about our future generation . mcm di jerman education is free sampai masuk universiti. if not polis mai tangkap .if tak p sekolah. suppose buat mcm ni.pity to the poorer. always need help..

    ReplyDelete
  17. sy da uba ontact ustazah ni tp x dpt...

    ReplyDelete
  18. Ustazah, saya tak boleh transfer duit ke akaun ustazah, mungkin pihak Maybank freeze akaun kerana berlaku transaksi duit secara drastik dalam masa sehari. Boleh tak ustazah dan pihak sekolah uruskan akaun baharu untuk dua beradik tersebut dan updatekan ke blog ustazah? Saya sgt2 teringin untuk membantu.

    ReplyDelete
  19. beza orang susah dan orang mencari susah.. betapa hebatnya tahap kebergantungan mereka kepada Allah sehingga tidak menyua2 muka ke pejabat2 zakat @ tmpt2 lain untuk meminta bantuan.. berbeza dgn org yg mencari susah yg sentiasa mencari peluang dan kesempatan utk mendapatkan bantuan demi kelansungan kehendak diri yg tidak berkesudahan.. muhasabah terbaik untuk masyarakat kita sekarang..

    ReplyDelete
  20. setahu saya maybank memang akan sekat apabila berlaku transaksi yang bertalu2...mintak hubungi atau maklumkan pada maybank mengenai perkara ini...

    ReplyDelete
  21. hmmm....bukan ker yuran sekolah da dimansuhkan........

    ReplyDelete
  22. hmmm....bukan ker yuran sekolah da dimansuhkan........

    ReplyDelete
  23. No akaun not authorized... alahai maybank bagi la kami peluang untuk buat pahala yg depan mata ni

    ReplyDelete
  24. yuran sekolah memang dah dimansuhkan, ni mungkin duit utk buku, koko dll kot

    ReplyDelete
  25. yuran sekolah agama masih ada...yang dimansuhkan tu yuran sekolah kebangsaan..

    ReplyDelete
  26. kalau saya nak datang bagi barangan keperluan rumah mcm beras, minyak n lain macam mane....rumah saya kat area tmn kosas ampang..x jauh

    ReplyDelete
  27. akaun adik nur khatijah abdullah bank rakyat 220621244780, nur syafikah , bank rakyat 220141565286.

    ReplyDelete
  28. zunairah, betul ke no akaun adik khatijah dan syafikah bank rakyat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu no yang diberikan kepada saya. Kalau keluar nama lain, itu adalah nama pemegang amanah atau trustees kerana mereka masih kanak - kanak. Boleh rujuk entri episod akhir.

      Delete
  29. anak yatim & janda tak layak dan tak termasuk asnaf zakat ye.cuma mereka layak jka trmasuk dlm 8 kategori asnaf sprti miskin, putus bkalan smasa musafir dan 6 kategori lain yg tlah trmaktub dlm quran.. sedekah memang boleh& laysk....

    ReplyDelete
  30. Mana ada yuran Sekolah Kebangsaan percuma. Sehari sebelum sekolah buka, orang kampung dan saya sekali ke Sekolah Kebangsaan Rugading, Daerah Tuaran - Sabah untuk membayar yuran RM64.00 kata untuk bayar buku rujukan. Setahu saya pekeliling kerajaan kata free, tapi masih kena bayar juga. Harap tiada yang ambil kesempatan berniaga dengan menjual buku-buku rujukan yang tida perlu..

    ReplyDelete