Ketika mengandung anak pertama, saya ingatkan akan berpuasa penuh. Rupanya tidak. Saya terpaksa korbankan 2 hari puasa kerana demam dan terhidu bahan kimia yang menyebabkan ketidak upayaan untuk berpuasa. Memang berbuka puasa sebelum waktunya, rasa sangat sedih, dan tak seronok langsung. Berbeza dengan perasaan uzur syarie (period).
Mengandung anak kedua, saya dijadualkan bersalin pada awal Syawal. Rupanya tidak. Saya bersalin 9 hari sebelum Syawal. Di awal Ramadhan tahun itu, saya ditahan di hospital kerana sedikit masalah pada kandungan. Sudah burn 2 hari. Ujian MGTT (kencing manis ketika mengandung), sudah burn 1 hari. Tahun tersebut, apabila direnung, memang saya seakan diuji kerana lazimnya, saya sangat kuat dan bertenaga sepanjang hari. Tahun berikutnya, saya giat menyusukan anak, jadi, saya memang tidak mampu untuk menggantikan puasa. (Masa itu belum kenal breastfeed Shaklee). Memang, balik kerja saja, saya memasak kerana tidak lalu makan makanan bazar Ramadhan. Dengan 2 anak yang hendak dilayan, kaki terketar - ketar, saya gagahkan juga. Namun burn juga puasa kerana masa itulah nak uzur syarie. Bulan - bulan lain sebelum ini, tak uzur pun. Sabarlah.
Akhirnya, masuk ke bulan Syaaban ini, saya sudah menggantikan hampir separuh puasa yang saya perlu gantikan. Sehingga hari ini, masih berbaki 6 hari. Huuu..banyak lagi tu. Saya berharap sempat untuk menggantikannya.Terima kasih kepada suami kerana prihatin. Prihatin dengan hutang puasa saya. Di harap pada Ramadhan akan datang, saya tidak perlu menggantikan puasa lagi.:) Berdoa semoga diberikan rezeki lagi.
Anda bagaimana? Sudah menggantikan puasa? Sekarang, saya pastikan, akan ambil set mighty gems ketika bersahur. Alhamdulillah, kuat lah sikit berbanding dulu - dulu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Set mighty gems , khas untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan dan hari - hari berpuasa |
FB : Zunairah Abdul Ghani
Fan pages : Zunairah Foods Store
Blog : www.zunairahghani.blogspot.com (Panduan Makanan Sihat dan Selamat)
email : zunairahagi@gmail.com
no h/p: 012-2248189
Cara order macam INI. Nak order klik SINI.
No comments:
Post a Comment