Monday, 30 June 2014

Kenangan : Dugaan puasa ketika Ramadan

Hari ini, merupakan pendaftaran pelajar baru Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej Komuniti Sabak Bernam. apabila melihat pelajar - pelajar ini mendaftar, terbayang kenangan - kenangan ketika saya mula - mula menjadi pelajar Bacelor Sains dan Teknologi Makanan di UPM. Apa kena mengena anatara dua program tu? Kedua - dua program itu berkaitan makanan dan pastinya  pelajar - pelajar ini akan menjadi seperti saya juga mempunyai kenangan - kenangan yang berkaitan makanan di bulan Ramadan.
Kenapa makanan? Kerana setiap hari kami sebagai pelajar makanan akan bertembung dengan pelbagai menu sedap makanan.



Ketika saya di tahun dua semester satu, saya mengambil subjek Operasi Kejuruteraan Makanan ( tak ingat dah nama penuhnya). Kami dikehendaki membuat ujikaji mesin pengendali minuman. Ujikajinya mudah sahaja, namun ia melibatkan air sirap. Kelas pada waktu petang pulak. Di luar kelas, panas terik. Hanya Tuhan yang tahu, betapa kami kecur liur melihat air sirap di dalam mesin itu. "Air sirap je pun". Bulan puasa, semua sedap.

ihsan Google

Tamat kelas, saya terus bergegas ke kedai runcit untuk membeli pati sirap.

"Habis dik". Hancurnya hati, barang-barang masakan semua dah beli untuk berbuka.

Dulu, kami tak ada kenderaan seperti pelajar sekarang. Menapaklah ke bazar Ramadhan. 20 minit juga. Hampa, kerana tiada dijual sirap kosong. Yang ada air sirap selasih. "Alahai".
ihsan Google : Sirap selasih

Dalam hati, "tak apalah, janji sirap", namun kepuasan itu tidak ada, maka hampir setiap hari, saya ke kedai runcit tersebut bertanyakan pati sirap. Dapat juga akhirnya setelah 3 hari.Hingga kini, saya pastikan pati sirap ros sentiasa ada dalam pantri di rumah.

Minggu hadapan, pelajar - pelajar saya akan memasuki kelas - kelas penghasilan makanan dan kelas - kelas sains makanan. Hampir setiap hari, pasti mereka bertemu dengan makanan. Pelajar semester 1, akan menghadap menu - menu seperti, ban manis yang panas - panas dibakar dari oven, mexican ban yang panas - panas dari oven, penghasilan tapai pulut, air soya panas mungkin dan macam - macam lagi. Pelajar semester 3 dengan produk hasilan daging seperti patti burger ayam, bebola daging, telur masin, telur pindang, kalau terpaksa ikut pelan mengajar, mungkin termasuk kebab, sate dan lain - lain. Jadi dugaan makan dan dugaan letih menghasilkan produk makanan tersebut sangat tinggi.

Dugaan pensyarahnya ialah menyabarkan pelajar dan diri sendiri. Hihi. Minggu hadapan, kami menerima pelajar latihan industri untuk kafe kami. Makanan yang dicadangkan ialah nasi kukus ayam goreng berempah, nasi kukus daging dendeng untuk dijual di cafe. Semoga kami diberi kekuatan untuk memajukan kolej tercinta ini.

Cuba cerita apa dugaan puasa u all?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom sertai Shaklee. Hanya dengan RM65.00 + RM10.00 (kos pos) anda boleh menjadi ahli. Jadi ahli untuk kegunaan sendiri pun boleh, nak terjun dalam bidang perniagaan pun boleh. Nak tahu macam mana prosedurnya CARA MENJADI AHLI SHAKLEE,  KLIK SINI

Hubungi saya di SINI

No comments:

Post a Comment