Tuesday 18 February 2014

Rombongan che kiah ke Pesta Buku Big Bad Wolf 2014

Idea untuk menganjurkan rombongan che kiah ke Big Bad Wolf 2014 tercetus secara spontan. Semuanya kerana ingin mencari idea dan membuka minda baru. Tepu rasanya kerana asyik mengadap buku - buku yang sama. Terpandang iklan Big Bad Wolf 2014, terus saya didesak rakan - rakan untuk menganjurkan lawatan adhoc. Rupanya, mereka pun mempunyai gelombang fikir yang sama. Pagi Isnin itu, terus saya menguruskan segala - galanya. Dari kebenaran bos, hinggalah mengeluarkan surat arahan kepada rakan - rakan yang berminat untuk menyertai lawatan akademik tersebut.


Seperti dirancang, perjalanan bermula pada pukul 8.30 pagi dan tiba di MIECC, Seri Kembangan sekitar jam 11.00 pagi dengan menaiki bas kolej. Jauh tau dari Sabak Bernam ke Seri Kembangan. Maklumlah duduk di hujung peta. Namun dik rasa mengikut rasa hati untuk mencari buku - buku murah serendah RM1.00, ahli rombongan bulatkan tekad untuk ke sana.

Ini gambar ahli rombongan sebelum membeli buku - buku. Masing - masing dengan trolley dan bag shopping besar.

bergambar sejurus selepas turun dari bas
Sesi tuaian dan mencari buku berlangsung hampir 3 jam. Itu pun tak cukup. Rasa macam nak beli semua. Tamak haloba. Ini hasil selepas 3 jam.

Tak cukup dengan beg dan trolley, tangan penuh muatan.
Dan ini hasil tuaian saya. Banyak juga saya beli rupanya. Jumlah semua dengan hasil tuaian sepenuh bag itu adalah sebanyak RM218.00. Saya kira lebih daripada 20 buah buku. Kalau pergi bookstore biasa, mungkin harganya mencecah RM500.00 ke atas kerana ada beberapa buah buku harga asalnya mencecas ratus ringgit. Pastinya buku - buku berkaitan makanan menjadi pilihan. Akhirnya semua puas hati.

Buku anak - anak sangat banyak dan menarik. Ini hasil tuaian untuk 3 jam.
Untuk hantu buku macam saya, rasanya tidak puas untuk saya membelek buku - buku yang ada. Sangat menarik dan murah. Sesiapa yang belum berkunjung ke sana, sila masukkan dalam rancangan harian anda pada minggu ini. Seminggu sahaja tau!

Saya sertakan iklannya untuk panduan anda.
Awas!serigala yang memang jahat sebab ia lebih murah dari BBW sebelum ini.
 Jangan lupa pergi tau. Kami yang jauh ni dah tiba. Anda bila lagi?

Sekian.

2 comments:

  1. terima kasih jadik ketua rombongan... berbaloi2... hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.:). Lain kali boleh minta orang lain buatkan trip ke pesta buku yang lain pula.

      Delete