Sunday, 9 March 2014

Hari ini hari Isnin

Tajuk pun dah tau. Maknanya saya tiada idea nak menulis. Mungkin kerana otak telah semakin tepu dengan pelbagai berita yang saban hari kadang kala tak masuk akal. Tempias musibah MH370 memang terasa. Malam - malam termimpi - mimpi dek kerana berharap sangat ia dapat ditemui. Kalau boleh dalam keadaan yang selamat. Kalau pun tidak dalam keadaan yang kita gemari, sekurang - kurangnya, adalah batang tubuhnya. Bolehlah dijadikan bukti akal. Namun siapa kita untuk menidakkan kuasa Tuhan. Biar secanggih mana dan sehebat mana pun hasil ciptaan manusia, pastinya ada kuasa yang lebih agung. Hanya padanyalah yang mampu kita buat sebagai seorang Islam. Tawakal dan berserah padanya kerana Dia jugalah sebaik - baik penolong. Usaha dan ikhtiar perlu juga dilakukan seiring dengan keputusan yang kita harapkan.


Hari Isnin ini juga, saya memulakan langkah untuk mula mengganti puasa - puasa saya. Almaklumlah, bersalin di saat bulan puasa, kemudian menyusu anak pula. Memang kudrat tubuh kita, tak terlawan. Saya ada 14 hari lagi untuk diganti. Anda semua sudah cukup mengganti puasa. Ramadhan semakin dekat. Biarpun mungkin 1 atau 2 hari, tetap juga perlu memulai mengganti puasa. Jangan tunggu hingga saat akhir. Pernah sekali, saya menjangkakan dapat berpuasa penuh pada tahun 2011. Ini kerana saya mengandung ketika itu. Namun, tubuh kita, kesihatan kita hanya pinjaman dari Allah. Dua hari juga saya kena mengganti puasa, lantaran tersedut bau bahan kimia di makmal (ketika itu saya sedang menyambung pengajian sarjana). Jadi seharusnya, kita perlu bersiap sedia dalam apa jua keadaan.

Hari Isnin ini juga, saya memulai hari dengan bersahur dan berShaklee. Sambil tangan membelek berita - berita dunia tentang MH370 ini. Saya mengambil Performance Drink untuk mengekalkan metabolit tubuh. Maklumlah, musim panas yang agak terik. Nak elakkan hidrasi yang teruk. Malahan, saya masih lagi menyusu anak. Puasa yang lepas (2013) , produk ini banyak membantu , mengekalkan tenaga dan susu ibu. Risau juga dengan berita tentang "heat stroke" lantaran masalah cuaca panas yang tidak menentu ini. Saya campurkan dengan Cinch, Milo dan susu kambing Higoat. Goncang dan minum. Kemudian ambil Vitalea untuk tenaga sepanjang hari. Itu pun sudah mengenyangkan sebenarnya. Namun untuk memuaskan hati, saya ambil juga sekeping roti dicicah dengan sambal hitam Pahang. Sedapnya ya ampun. Memang membuka selera.

Nota kaki : Saya mengalu - alukan sebarang komen atau pertanyaan. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan email :zunairahagi@gmail.com

Bagi mendapatkan produk Shaklee pula, anda boleh berhubung terus dengan saya 

No h/p : 012-2248189012-2248189 (sms@call @ whatsapp @ telegram)
email : zunairahagi@yahoo.com
blog: zunairahghani.blogspot.com

No comments:

Post a Comment