Tuesday, 4 March 2014

Makanan yang baik dan buruk untuk kulit

Kita sering dimomokkan sedari kecil, masalah kulit adalah disebabkan hormon dan sebagainya. Malah, kita sering diingatkan bahawa kulit wajah merupakan aset penting hinggakan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan dihasilkan tumbuh bagai cendawan. Hinggakan pening nak pilih yang mana betul - betul bagus dan sesuai. Remajalah yang sering menjadi mangsa keadaan dalam menghadapi persaingan kulit wajah cantik dengan rakan - rakan sebaya. sungguh pun begitu, wanita dewasa juga turut mengalami masalah kulit seperti kekeringan dan ekzema. Nah, ini menunjukkan bukan sahaja hormon menjadi punca, pasti juga ia berkaitan dengan amalan pemakanan kita sehari - hari. Di sini saya cuba kongsikan makanan yang baik dan buruk untuk kulit yang saya petik dari artikel majalah Prevention.


Kajian yang diterbitkan di dalam Cutaneous Medicine for the Practitioner menunjukkan kentang goreng, cip kentang dan kekacang menjadi penyumbang utama masalah jerawat atau acne. Risiko masalah jerawat juga meningkat apabila, diet makanan yang tinggi indeks glisemik juga menjadi faktor penyumbang masalah ini. Makanan yang tinggi indeks glisemik ialah makanan yang tinggi gula, pasta, roti , kek dan sebagainya. Makanan yang tinggi gula dan tenusu (ditambah hormon) menyumbang kepada masalah liang - liang kulit tersumbat. Jadi jangan selalu sangat makan pizza dan cheezy wedges. :).

Garam juga menjadi penyumbang penyebab radang pada kulit yang bermasalah.Oleh itu bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang teruk atau masalah kulit yang teruk, elakkan makan makanan yang bersifat pencetus masalah kulit ini. Tukar diet makanan anda kepada makanan yang lebih organik dan asli. Boleh cuba Energising Soy Protein Shaklee. Rendah indeks glisemik dan dihasilkan daripada sumber soya organik dan bukan GMO. Perubahan ketara pada kulit akan dapat dilihat dalam tempoh kurang dari 6 minggu apabila mengamalkan diet yang rendah indeks glisemik dan rendah gula.

Selain itu, mereka yang mengalami masalah kulit yang teruk selalunya kurang kandungan zink, vitamin A dan vitamin E. Kajian ini dibuktikan oleh National Institutes of Health , USA. Bagi mendapatkan vitamin A, anda boleh cuba makanan yang berwarna oren kemerahan seperti tomato, lobak merah dan ubi keledek. Makanan ini kaya dengan beta carotene. Pastikan ia dimasak dahulu untuk memudahkan ia diserap oleh tubuh. Bagi mengurangkan kerengsaan pada kulit, diet makanan yang tinggi asid lemak perlu seperti minyak ikan adalah sangat perlu. Makanan yang kaya dengan antioksidan seperti bluberi, strawberi, anggur, acai beri, anggur muscadine dan sebagainya juga sangat baik untuk kulit bagi mengelakkan wajah tua sebelum usia. Selain itu, jangan lupa melakukan aktiviti yang mengurangkan stress, cukup rehat dan cukup tidur. Cubalah. Anda pasti merasai perbezaannya.
Saya mengalu - alukan sebarang komen dan teguran.

Nota :

Vitamin A Shaklee - Carotomax
Vitamin E Shaklee - Vitamin E complex
Zink Shaklee - Zink Complex
Produk antiaging Shaklee - Vivix
Produk rendah indeks glisemik - Energising Soy Protein

Warna hijau (makanan baik untuk kulit)
Warna merah (makanan buruk untuk kulit)


Untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di

Sms @ whatsapp : 012-2248189

Email : zunairahagi@gmail.com

Facebook : zunairah abdul ghani

rujukan : http://www.prevention.com/beauty/beauty/best-foods-beautiful-skin





No comments:

Post a Comment