Saturday 8 March 2014

Penghasilan laksa beras

Selalunya, kita beli laksa. Kali ini saya nak ajar teknik menghasilkan laksa beras langkah demi langkah. Kalau nak lebih terperinci, jangan malu untuk masuk kursus Kolej Komuniti Sabak Bernam dalam penghasilan laksa. Tenaga pengajar kami akan ajar secara terperinci dengan kursus secara "hands on". Dah buat, dapat bawa pulang hasilnya dengan bayaran kursus serendah RM10.00 dan ke atas.


Bahan - bahan :


Tepung beras
Tepung sagu
Air panas mendidih
Garam

600 g
250 g
1000 ml
Secubit






 Kaedah :


Uli tepung beras dan air panas mendidih dengan menggunakan senduk kayu.U sehingga rata.(Tuang air sedikit demi sedikit).

Masukkan tepung kanji dan uli dengan tangan.  Tutup dengan kain lembab.
 
Ambil sedikit adunan lalu dimasukkan ke dalam acuan muruku(saiz paling besar) dan pusingkan ke dalam air mendidih.  



Apabila   masak (timbul sahaja) angkat dan basuh dengan air sejuk.
Toskan laksa dan biarkan sejuk dalam bekas yang sesuai.


No comments:

Post a Comment