Wednesday, 12 March 2014

Saya suka terbang dengan Malaysian Airlines (MAS)

Sejak kisah MH370 menjadi bualan, saya pasti ramai yang menjadi takut nak menaiki kapal terbang. Selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang pada pagi Sabtu, adik saya melakukan perjalanan menaiki kapal terbang ke Kuantan pada hari berikutnya. Suasana di KLIA masih muram. Sugul. Wajah - wajah penumpang dan pengguna KLIA semuanya ketat (tidak begitu ceria). Pertama kali, di dalam pesawat para penumpang tekun mendengar arahan langkah keselamatan. Pertama kali juga, ada penumpang membawa buku doa. Malah pertama kali juga, beliau mendengar juruterbang memulakan ucapan dengan basmallah.Mungkin ada hikmahnya berlaku kehilangan. Kita seolah - olah tersedar dan cuba kembali kepada tujuan asal kejadian manusia iaitu beribadah kepada Allah s.w.t.


Suasana itu nyata berbeza dengan suasana sebelum berlaku peristiwa kehilangan itu. KLIA sangat ceria. Meriah saja suasananya."Calling for boarding " berkumandang hampir setiap waktu. Perbezaan ini dapat dirasa kerana adik saya ini pengguna tegar MAS. Dia sanggup menunggu dan memilih tiket harga murah pada masa - masa tertentu biarpun ada penerbangan tambang murah yang lain. Bapa saya juga pengguna tegar MAS. Mungkin kerana MAS mesra pengguna warga emas. Perkhidmatannya di dalam penerbangan sangat memuaskan.

Saya pernah menaiki penerbangan MAS dengan dua anak kecil. Kategorinya 1 'toddler' dan 1 "infant". Ketika penerbangan saya banyak dibantu oleh krew penerbangan. Memang mudah. Biarpun 45 minit, untuk mengekalkan anak kecil duduk di tempatnya di ketinggian beribu kaki, bukanlah sesuatu yang mudah. Mengenakan seat belt pada bayi juga tidak mudah. Namun, 45 minit itu menjadi pengalaman yang menyeronokkan untuk Khaulah pada ketika itu berusia 2 tahun 8 bulan dan Anas 15 bulan. Terima kasih krew MAS yang banyak membantu. Kalau ada yang mengatakan tiket MAS itu mahal, saya fikir, kita perlu bijak memilih. Perbandingan yang dibuat ialah, jika saya memilih penerbangan tambang murah, kos tambahan yang saya perlukan untuk lebih selesa adalah hampir sama. Jadi, lebih baik saya memilih MAS.  Saya terbang bertiga dengan anak - anak kerana suami mempunyai kerja yang tidak dapat dielakkan.Saya kongsikan momen peribadi saya dengan anak - anak di dalam pesawat MAS.


Ruang bermain untuk kanak - kanak sementara menunggu waktu untuk berlepas di KLIA.

Bergambar sebelum tidur. Anas sebelum take off dah tidur. Kenyang dengan susu.

Kakak berposing di dalam pesawat. Disediakan bantal dan selimut untuk kanak - kanak.

Anas dah tidur dalam "pouch kanggaru". Ini penerbangan waktu malam. Saya tetap memasang infant seat belt.
Kakak Khaulah pun dah selamat. Penerbangan waktu malam, anak - anak lebih mudah tidur. Gaya tidur yang dikehendaki Khaulah.



Untuk sebarang komen dan pertanyaan, sila emel ke zunairahagi@gmail.com



No comments:

Post a Comment